Thursday, January 22, 2015

Selamat datang 2015

Alhamdulillah dah tahun 2015

Hari ni adalah birthday anak ketiga saya

Alhamdulillah dah 4 tahun umurnya

kejap je rasanya dah 4 tahun dah

rasa macam baru semalam je bersalinkan anak saya ni yang sangat lama berada dalam kandungan, hampir 4 minggu lewat dari tarikh jangkaan bersalin

Friday, August 31, 2012

Selamat Datang ke MamaSihat.com

Salam kenalan penuh mesra buat semua pelawat baru yang menjenguk ke blog MamaSihat. Blog ini adalah merupakan satu proxy santai untuk laman web rasmi kami di MamaSihat.Com. Di sini pendekatan kami gunakan adalah lebih santai dan bahasa lebih friendly berbanding di blog di mana penggunaan bahasa adalah lebih formal dan skema gitu ;)

MamaSihat diwujudkan lantaran minat dan passion saya sebagai seorang ibu terhadap penjagaan kesihatan dan pendekatan alami dan semulajadi dalam menjalani dunia keibuan selama hampir 6 tahun. Di samping pengalaman menjalani kehidupan sihat selama hampir 20 tahun, MS rasakan bahawa rugi dan sia-sia jika pengalaman yang MS kutip sepanjang bepuluhan tahun ini dibiarkan dalam memori di kepala begitu sahaja. Jika MS salurkan ke medium yang betul, inshaALLAH lebih ramai ibu-ibu dapat memanfaatkan informasi dari pengalaman yang MS bakal kongsikan.

http://t3.gstatic.com/images?q=tbn:ANd9GcQqXr2BmwxcO5dqYUQ78VuK5abN3rGDpLcS8LGsOcfEBExWEBBY&t=1